Marhaban Ya Ramadhan.
Bersempena dengan Bulan Ramadhan, PUSPEN Kota Bharu telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran.
Program tersebut melibatkan kakitangan dan klien PUSPEN Kota Bharu yang diadakan setiap hari Ahad – Khamis bermula jam 8.30 pg – 9.30 pg.
Tadarus dibahagikan kepada dua (2) kumpulan :
kumpulan kakitangan dibimbing oleh Ustazah Aftan binti Mohamed manakala kumpulan klien dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Safran Jamil.
Semoga kita semua mendapat rahmat dan keampunan Allah SWT. Aamiin.