SEMARAK KASIH RAMADAN DISEBALIK TIRAI BESI BERSAMA PEJABAT PENERANGAN DAERAH SEREMBAN

   

SEREMBAN, 13 April – Majlis Berbuka Puasa, Semarak Kasih Ramadan “Wadah Jalinan Ukhwah” telah diadakan di Penjara Seremban.

Pengarah Penjara Seremban, PKP Ahmad Mustaqim Che Bisi berharap program tersebut akan dapat mengatasi stigma sosial dalam kalangan masyarakat terhadap banduan yang dibebaskan dari penjara.

“Tujuan utama majlis itu diadakan ialah untuk mengintegrasikan kembali banduan ke pangkuan masyarakat, menanam rasa keinsafan, kesedaran dan tanggungjawab dikalangan banduan yang bakal dibebaskan.

“Penjara bukan sahaja menjadi tempat untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan, namun lebih menjurus sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk memulih, memimpin dan mendidik pesalah agar menjadi individu yang berdisiplin dan bertanggungjawab setelah mereka kembali ke pangkuan masyarakat,” ujarnya lagi.

Majlis juga diserikan dengan ceramah oleh Imam Muda Wan Najdi Wan Mohd Noh.

Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad, Yayasan Maghfirah, Mohamad Alif Penain dan Pengarah Politeknik Nilai.

   

 

Petikan dan Gambar : FB Malaysia Aktif

 

Artikel/Berita Terkini

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut