PROGRAM PELANCARAN PENILAIAN GRAND 1S1T WPKL04

Program Pelancaran Penilaian Grand 1S1T WPKL04 bersama YBrs. Puan Norhida Sanusi, Pengurus Cawangan Batu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dijalankan pada 7 April 2022 (Khamis) di Bangunan Belia 4B, Taman Sentul Bahagia.

Aktiviti penambahbaikan dan menceriakan telah dilaksanakan dengan melukis mural kesedaran awam bertemakan ‘Jaga Bumi Kita’ demi kesejahteraan alam sekitar dan orang awam. Di samping itu, pusat tong berbumbung juga telah dibina di tapak tong sampah sedia ada bagi pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan.

Turut hadir bersama adalah Encik Thiyagu, Penolong Pegawai Penguatkuasa SWCorp dan Encik Mohamed Fahmil Kamal, Pengurus Kawasan Perkhidmatan WPKL (Utara) Alam Flora.

Penyelia yang terlibat bagi aktiviti transformasi showcase Grand 1S1T di kawasan ini adalah Muhammad Fakhrul, Mahadi Che Mat, Zamri Zakaria dan Logeswaran. Eksekutif Operasi yang terlibat adalah Aizuddin Salleh. Sesi penilaian telah dinilai oleh Encik Fakaruddin Abdul Rashid dibantu oleh Technical Asst. Puan Norfadillah.

Tahniah dan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak.

Semoga inisiatif kerja-kerja ‘Beyond KPI’ ini dapat memastikan kualiti mampan perkhidmatan memenuhi KPI utama perkhidmatan bagi mencapai persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif untuk kesejahteraan dan kepuasan pelanggan.

#Grand1S1T2022

#strongertogether

#1Skim1Transformasi

Sumber: FB Alam Flora Sdn. Bhd. https://www.facebook.com/alamflorasdnbhd

 

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut