WP LABUAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) WP Labuan telah mengadakan Operasi Gempur bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dilaksanakan oleh premis punca pencemaran.
Pada kesempatan ini, JAS WP Labuan ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Penguatkuasaan JAS yang disambut pada 15 April setiap tahun.
Sebarang bentuk aduan pencemaran alam sekitar amatlah dihargai. Sila hubungi kami untuk sebarang aduan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian 010-2708772 atau 087-408772.


SUMBER: JAS WP LABUAN