LIBAT URUS SWCORP WP BERSAMA SUKARELAWAN NGO GEMA DALAM PROJEK MYSaveFOOD@BAZAR RAMADAN

KUALA LUMPUR – Pihak SWCorp Wilayah Persekutuan bersama sukarelawan NGO GEMA telah melaksanakan hebahan kepada peniaga Bazar Ramadan di Kampung Baharu untuk bersama-sama menjayakan Projek MY SaveFood@Bazar Ramadan pada 10 April 2022 yang lalu.

Projek ini merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak NGO GEMA untuk mengurangkan pembaziran makanan yang berlaku di Bazar Ramadan. Lebihan makanan tidak terjual yang masih elok dan masih selamat dimakan dikumpulkan daripada peniaga untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan.

Pihak SWCorp sentiasa menyokong usaha murni NGO GEMA demi menyelamatkan makanan yang masih elok dari dibuang ke tapak pelupusan.

Sekiranya anda berminat menjadi sukarelawan MySaveFood boleh mengisi google form di bawah:

Daftar: https://bit.ly/VolunteerMySF

SUMBER: FB SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN  https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya/

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut