GUNA LINTASAN PEJALAN KAKI, ELAK TRAGEDI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memaklumkan kes kemalangan melibatkan pejalan kaki sentiasa berlaku saban hari. Kejadian ini boleh dielakkan sekiranya pejalan kaki mengambil langkah sewajarnya dan peka dengan keadaan sekeliling.

Berdasarkan statistik kemalangan yang melibatkan golongan ini, kes kematian pejalan kaki bagi tahun 2019 adalah 394 kematian, tahun 2020 adalah 266 dan tahun 2021 adalah 266 ( tempoh PKP, PPN ).

Sehubungan itu, JSPT menggesa agar setiap pejalan kaki wajib menggunakan lintasan pejalan kaki atau jejantas yang disediakan di jalan raya.Β Pejalan kaki dilarang melintas jalan di tempat yang tiada lintasan/ jejantas pejalan kaki kerana perbuatan ini boleh mengundang risiko kemalangan selain membahayakan diri pejalan kaki itu sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Sekiranya seseorang pejalan kaki tidak menggunakan lintasan pejalan kaki untuk melintas jalan, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan LN 166/59 (Kaedah 45) dengan denda maksimum RM300.

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut