TINDAKAN KHAS OLEH DBKL

KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2022 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu tindakan khas telah menutup 3 buah premis kerana beroperasi tanpa lesen yang sah.

Tindakan khas ini dijalankan di Jalan P Ramlee dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Premis-premis tersebut hanya mempunyai lesen Restoran / Kedai Makan untuk beroperasi tetapi telah menjalankan aktiviti hiburan seperti live band dan DJ muzik tanpa lesen yang sah.

Kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) – membuka dan mengadakan Aktiviti Hiburan Tanpa Lesen telah dikeluarkan kepada premis-premis terbabit. Manakala penutupan serta merta premis dilaksanakan di bawah Seksyen 17 Akta Hiburan 1992.

Turut dilaksanakan adalah tindakan sita terhadap 14 peralatan muzik seperti gitar, mixer, pembesar suara, mikrofon dan komputer riba. Kesemua barangan ini telah dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras bagi tujuan penyimpanan.

Operasi bermula dari jam 10:00 malam dan berakhir pada awal pagi melibatkan seramai 27 anggota penguatkuasa.

Tindakan khas ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut