KOTA BHARU – Ketua Polis Kelantan, YDH CP Dato’ Shafien bin Mamat dan Pengerusi Perkep Kontinjen Kelantan, Datin Zairihan binti Che Harun berbesarhati merialisasikan jemputan Program Iftar Ramadan bersama warga IPD Kota Bharu di Perkarangan Surau Ar-Rahim, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
Ketibaan YDH Ketua Polis Kelantan telah disambut oleh ACP Mohd Rosdi bin Daud, Ketua Polis Daerah Kota Bharu. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada 27 Anak-anak kurang upaya dan anak-anak yatim warga PDRM IPD Kota Bharu.
Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH ACP. Mohd Wazir bin Mohd Yusof, Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, YDH Supt. Tan Seng Lee Ketua Polis Daerah Bachok, YDH Supt. Ismail bin Jamaluddin,Ketua-ketua Bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam yang terlibat.

