Seremban, 13 April 2022 – YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban telah menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada warga bandar raya Seremban di perkarangan Mydin Senawang.
Program ini dijayakan dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam (BAKI) MBS, Kelab Sukan MBS dan Anulae Cawangan Seremban MBS.
Turut hadir semasa program diadakan ialah Ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban, Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit MBS.
Sumber : FB Majlis Bandaraya Seremban