???? ???????, ?? ????? ????: Di sebalik pembangunan yang rancak di Port Dickson, perairan PD adalah sangat unik kerana kaya dengan kepelbagaian biodiversiti marin yang cantik antaranya ikan-ikan hiasan, terumbu karang, tumbuhan akuatik, penyu dan mamalia akuatik.
DOF telah menganjurkan satu Program Outreach Konservasi Penyu bertempat di Glory Beach Resort bagi tujuan memberi kesedaran melindungi dan memulihara penyu yang semakin diancam kepupusan.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ir. Haji Bakri bin Sawir, Pengerusi J/Kuasa Bertindak Pertanian & Industri Makanan NS. Turut hadir YB Dato’ Ravi A/L Munusamy, ADUN Sri Tanjung; YBrs.Encik Kasim bin Tawe, Pengarah Perikanan NS; YBrs. Encik Paul Yeong, Pengarah Urusan Glory Beach Resort (GBR); YBrs.Tuan Mohd Hairul Izam bin Mazelan, Ketua Balai Bomba & Penyelamat PD; UPEN NS, MPPD, PDTPD dan LPNS.
DOF melalui Pusat Penyu & Ekosistem Marin (TUMEC), Terengganu telah memberi Taklimat Pengurusan Penyu & Tatacara Menyelamat Spesies Marin Terancam kepada agensi kerajaan dan nelayan Negeri Sembilan, supaya mereka tahu kaedah & prosedur menyelamat yang betul sekiranya terjumpa kedamparan penyu di perairan Port Dickson.
Semasa Majlis Perasmian berlangsungnya penyerahan Lesen Memungut Telur Penyu kepada 3 orang Pemungut Telur Penyu Berdaftar lantikan DOF dan penyerahan Lesen Untuk Memiliki Penyu kepada GBR, yang terkandung dalam Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) 1976.
Terdapat Undang-Undang subsidiari di bawah Akta Perikanan 1985 yang terpakai dan berkuatkuasa di Negeri Sembilan iaitu Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu & Telur Penyu) 1976, yang menjaga hal ehwal pengurusan pemuliharaan penyu serta telur-telurnya dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri, khusus melindungi spesies reptilia terancam ini.
Petang ini juga disaksikan sirip depan 3 ekor penyu agar jagaan GBR yang berusia 4-6 tahun ditag dan seterusnya dilepaskan semula ke laut bagi membolehkan penyu mencari makanan sendiri dan membiak apabila mencapai usia matang. 3 ekor penyu agar yang berusia 1 tahun bawah jagaan Pusat Ikan Hiasan PD juga telah diserahkan kepada GBR yang merupakan satu-satunya premis swasta di Negeri Sembilan yang telah diberi kebenaran bersyarat oleh DOF untuk memiliki penyu serta menjalankan aktiviti pengeraman telur di hatceri selain galeri pameran.
DOF berharap program ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya menghargai dan menjaga ekosistem marin agar tidak tercemar dan mengelakkan kepupusan biodiversiti khususnya perairan Port Dickson yang sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancongan ekoran pemandangan laut yang tersergam indah.
Sumber : FB Pejabat Perikanan Negeri Sembilan