PROGRAM MINYAK MASAK TERPAKAI DI PUTRAJAYA

Program Minyak Masak Terpakai MPPSZ3 bermula di Kawasan Komuniti Presint 8&10. Setelah program berjalan 2 tahun , Perbadanan Putrajaya (PPJ) mohon dikembangkan ke seluruh Putrajaya bagi memperkasakan Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 3 ( MPPSZ3 ) dengan peluang ekonomi termasuk manfaat buat komuniti dan bumi Putrajaya selain dari objektif pendidikan Alam Sekitar. Dengan kerjasama PPj dan Rakan Strategik baru Cahaya Renjana Sdn Bhd yg diperkenalkan yang akan menguruskan minyak terpakai yang dibeli ini.

Pelancaran program peringkat Putrajaya akan diadakan pada :

  • 17 April 2022 (Ahad)
  • 5:30petang
  • Padang Korban P8E, Jalan P8E, Presint 8

Gotong royong untuk membuat bubur kacang juga diadakan sempena Ramadan untuk diedar kepada surau dan komuniti setempat.

Objekti Program:

  1. Mengekalkan Komuniti Mampan Putrajaya melalui Pendidikan Alam Sekitar, Kebersihan dan Kesihatan Komuniti
  2. Mendidik warga Putrajaya dan memberi kesedaran tentang kepentingan dan peranan dalam Menjaga Alam Sekitar dengan mengamalkan kitar semula minyak masak terpakai melalui jualan semula minyak ini dengan tidak membuangnya di dalam paip, sinki, longkang dan lain2 tempat yang boleh membawa bahaya dan mudharat kepada bumi dan komuniti Putrajaya.
  3. Membantu pembangunan ekonomi komuniti setempat yg boleh menjana pendapatan dari minyak masak terpakai ini

**Setiap Presint akan dibekalkan dengan tong/tangki minyak masak dengan tempat akan dikenalpasti selamat, strategik dan mendapat kelulusan Ppj.

**Pusat pengumpulan buat sementara ini adalah di Padang Korban P8E, Jalan P8E, Presint 8.

Sumber info: Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 3 (MPP Sub Zon 3 ) .

#PPjjaringanindustridanmasyarakat

#KomunitimampanPutrajaya

#KeluargaMalaysia

#OurCityOurHome

 

SUMBER: FB PERBADANA PUTRAJAYA https://www.facebook.com/putrajaya

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut