PASANG CCTV DI SUNGAI PINANG UNTUK KESAN INDIVIDU BUANG SAMPAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Georgetown, 13 April 2022 – Kerajaan Negeri Pulau Pinang dicadangkan supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi strategik sepanjang Sungai Pinang sebagai langkah bagi mengatasi masalah pembuangan sampah ke sungai berkenaan. Cadangan yang disuarakan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu berpotensi bagi menangkap pesalah termasuk merakam tindakan di pagar tebing sungai terutama yang terletak berhampiran kawasan perumahan.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, kerajaan negeri juga perlu mempertimbangkan untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) 1974 bagi meningkatkan jumlah denda dan hukuman penjara. Walaupun begitu, ia memerlukan usaha penguatkuasaan yang tulen bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke mahkamah serta mengenakan hukuman paling tegas.

Mohideen turut berkata, antara contoh terbaik orang ramai yang berjaya menjaga harta awam ialah warga Taman Jajar Sungai Ara atau Linear Park di sini, yang berfungsi sebagai paru-paru hijau di kejiranan utama. Tidak mustahil ia mampu dicapai sekiranya ada usaha bersama antara orang ramai dan kerajaan negeri bagi mengatasi punca masalah itu.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut