OPS PANTAU 2022 BAZAR RAMADAN

 

GUA MUSANG : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Gua Musang telah menjalankan Ops Pantau 2022 dalam Operasi Bersepadu bersama Pejabat Kesihatan Daerah, Gua Musang di sini hari ini.
Operasi dijalankan di Bazar Ramadan, Chiku 3, Gua Musang, Kelantan. Seramai 7 anggota dari Jabatan Kesihatan Persekitaran KKM terlibat.
Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan pematuhan penandaan harga makanan & minuman dan perundangan yang ditetapkan dibawah KPDNHEP dijalankan kepada setiap premis gerai yang berada dilokasi.
Dalam pada itu PKD Gua Musang menjalankan pemeriksaan berkaitan peniaga bazar & kebersihan juadah yang dijual serta gerai hasilnya 5 tindakan kes dibawah Peraturan Kawalan Makanan 2009.
Sepanjang pemeriksaan dijalankan tiada sebarang tindakan kes dihasilkan dan semua peniaga mematuhi perundangan yang ditetapkan sepanjang pemeriksaan dijalankan sebanyak 17 premis dilawati dan kenyataan pemeriksaan premis dikeluarkan.

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut