MAJLIS SUMBANGAN AIDILFITRI KOMUNITI KUALA LUMPUR 2022

Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Sumbangan Aidilfitri Komuniti Kuala Lumpur 2022 yang telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan bertempat di Pusat Komuniti Sentul Perdana pada pagi tadi.

 

Di dalam majlis ini YB Menteri Wilayah bersama dengan YB Dato Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menyampai bantuan berbentuk wang ringgit kepada golongan asnaf seperti OKU, ibu tunggal dan juga miskin bandar.

Majlis sumbangan ini akan diteruskan lagi di setiap kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan DBKL berharap dengan bantuan yang disalurkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penerima.

Turut hadir bersama adalah Ybhg Datuk SR Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Pengarah Eksekutif Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga wakil Majlis Perwakilan Penduduk.

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut