MAJLIS IFTAR JALINAN KASIH YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA ARTIS VETERAN

Tiada yang lama, tiada yang baru, itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambar majlis yang telah berlangsung pada hari ini. YB Dato Sri Dr Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan pada hari ini telah meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama dengan 60 orang artis veteran di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menghargai artis-artis veteran yang pada suatu masa dahulu telah menghiburkan kita semua dengan bakat yang mereka perolehi. YB Menteri Wilayah Persekutuan juga turut menyampai sumbangan kepada mereka yang hadir dan diharapkan sumbangan yang diberikan dapat meringan beban mereka semua.

Turut hadir bersama didalam majlis tersebut adalah YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg Datuk SR Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL dan YBhg Datuk Zaizalnizam bin Zainun, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan.

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut