MAJLIS BERBUKA PUASA KETUA POLIS KELANTAN BERSAMA WARGA KERJA BATALION 8 PASUKAN GERAKAN AM PENGKALAN CHEPA KOTA BHARU KELANTAN

 

PENGKALAN CHEPA – Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Shafien bin Mamat bersama isteri Datin Zairihan binti Che Haron, Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan telah meluangkan masa untuk hadir majlis berbuka puasa bersama warga kerja Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA) di dewan terbuka setelah selesai majlis lawatan kerja rasmi Ketua Polis Kelantan.
Pegawai Pemerintah Batalion 8, Pasukan Gerakan Am, Supt Mat Shukor bin Yusof bersama isteri Puan Dayang Ilani binti Abdul Hamid, Pengerusi PERKEP Batalion 8, Pasukan Gerakan Am meraikan kehadiran Ketua Polis Kelantan bersama isteri Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan.
Hadir sama dalam majlis ACP Mohd Wazir bin Mohd Yusof, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Kelantan, Supt Mohd Suhaimi bin Hj. Ali, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut