TINDAKAN KHAS TERHADAP PREMIS YANG MENJALANKAN AKTIVITI HIBURAN LANGGAR SYARAT LESEN SEKITAR BANGSAR, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2022 – Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  telah menjalankan sebuah tindakan khas melibatkan 3 buah premis hiburan yang beroperasi melanggar syarat lesen di sekitar Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur.

Sebanyak tiga (3) buah premis dikenakan tindakan penutupan (sealed) serta merta di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 3 kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) akta yang sama kerana mengadakan aktiviti hiburan(muzik) tanpa kebenaran.

Tindakan sita 10 pelbagai peralatan muzik turut dilakukan keatas 3 buah premis berkenaan melibatkan komputer riba, mixer, equalizer, monitor dan sound controller .

Kesemua peralatan muzik telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara. Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPU https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut