
Bagi yang berumur 17 hingga 21 tahun, inilah masanya untuk merebut tempat di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) bagi melanjutkan pelajaran anda ke peringkat Diploma. ITQAN merupakan Institusi Pengajian di bawah pengurusan JHEAINS dan merupakan lokasi tambahan Darul Quran.
Permohonan kini dibuka sehingga 14 April 2022. Jangan berlengah lagi. Sila scan QR Code di bawah @ klik link ini https://t.me/PERMOHONAN_ITQAN
Terdapat 2 kursus bagi program Diploma Tahfiz Al-Quran yang ditawarkan di ITQAN iaitu:
1. Syukbah Dakwah
2. Syukbah Qiraat
Kursus-kursus yang ditawarkan diiktiraf oleh MQA. Pelbagai kemudahan disediakan. Begitu juga dengan Insentif Kecemerlangan dan Tajaan Makan bagi yang berkelayakan. Rebutlah peluang ini untuk bersama kami di ITQAN.
Sumber : FB Jabatan Hal Ehwal Agama islam Negeri Sembilan “Official”