PENERIMA SUMBANGAN MEMILIKI BAKAT DALAM KARYA DIGITAL

KUANTAN, 12 April 2022 – Dalam kalangan 37 penerima sumbangan Kerajaan Negeri Pahang pagi ini, seorang pelajar berusia 13 tahun iaitu Nur Iman bin Mohd Azli Lee berjaya menarik perhatian saya atas bakat besarnya dalam bidang seni lukis.

Adik Nur Iman sebelum ini telah berjaya menghasilkan buku cerita bergambar kanak-kanak berjudul ‘Naga Tasik Chini’ yang diterbitkan dalam dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Rusia. Beliau juga turut menghasilkan ilustrasi untuk sebuah buku puisi bergambar bertajuk ‘Keluarga Semut’.
Bukan sekadar itu sahaja, adik Nur Iman juga turut menjual hasil lukisannya menerusi karya digital Non-Fungible Token (NFT) di pentas.io dan karya-karya beliau ini mendapat perhatian peminat-peminat NFT. Beliau dikenali melalui projek NFTnya CryptoNaga atas nama pengguna (user name) sebagai Razor.
NFT merupakan token digital yang membolehkan anda menjual dan membeli hak milik aset digital. Contoh NFT adalah seperti lukisan, muzik, animasi, GIF, video, kosmetik dalam permainan video, dan tiket konsert.
Melihat kesungguhan adik Nur Iman dalam seni lukis terutamanya menerusi karya digital, Kerajaan Negeri Pahang berbesar hati memberi sumbangan berupa komputer riba yang berspesifikasi tinggi dan paparan monitor lukisan untuk beliau mengembangkan lagi bakatnya.
Malah, Kerajaan Negeri melalui PAHANG SKILLS Development Centre (PSDC) turut bersedia menawarkan Kursus Multimedia secara percuma kepada adik Nur Iman dan surat tawaran diserahkan sendiri oleh Pengarah Eksekutif PSDC, Encik Mohd Yusri bin Mohd Nor sebentar tadi.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada adik Nur Iman kerana dalam usia yang sebegini muda beliau telah menunjukkan kesungguhan dan keazaman untuk mengejar cita-citanya. Saya doakan semoga adik Nur Iman berjaya mencapai impiannya itu dan menjadi contoh teladan kepada pelajar-pelajar lain di Negeri Pahang untuk meneroka teknologi dan kemahiran baharu pada masa hadapan seperti NFT dan blockchain ini terutama dalam penghasilan karya-karya digital.
Sumber: Laman FB Wan Rosdy bin Wan Ismail

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut