Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada hari semalam telah meluluskan sumbangan sebanyak RM200,000.00 untuk membantu pelajar-pelajar UIAM dari golongan asnaf B40 dan bermastautin di Wilayah Persekutuan.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP kepada Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abd Razak, Rektor IIUM disaksikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar(Dr Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah), Presiden UIAM merangkap Pengerusi MAIWP.
Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan di Wilayah Persekutuan. Diharapkan Ramadan kali ini akan memberi sinar kebahagiaan buat mereka semua.
SUMBER: MAIWP