IPD BARAT DAYA TAHAN LELAKI TIKAM PEHA GUNA PEMUTAR SKRU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

BARAT DAYA, 11 April 2022 – Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Barat Daya telah menahan seorang (1) lelaki berusia 20-an kerana disyaki terlibat dalam kes tikam peha seorang lelaki berusia 30-an dengan pemutar skru di Sungai Batu, Teluk Kumbar.

Susulan daripada laporan yang diterima, Pihak Polis bertindak mengesan dan menangkap suspek di sebuah rumah di Sungai Batu, Teluk Kumbar. Pihak Polis juga berjaya menemui pemutar skru yang digunakan dalam kejadian tersebut. Kes disiasat di bawah Sek 324 Kanun Keseksaan.

Sumber:

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …