DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)
Pasca pandemik COVID-19 menyaksikan isu kesihatan mental yang semakin meruncing dan membawa kepada penyakit mental seperti stres, kemurungan dan lain-lain lagi. Penyakit mental merupakan masalah kesihatan kedua terbesar selepas penyakit jantung. Ia bukan sahaja melibatkan masyarakat awam, malahan barisan hadapan serta pesakit COVID-19 turut terdedah dengan risiko masalah mental akibat penularan wabak tersebut.
Oleh yang demikian, menjaga kesihatan mental dan kesihatan fizikal adalah sama penting. Kementerian Kesihatan Malaysia telah kongsikan tip penjagaan kesihatan mental yang boleh anda amalkan menerusi FB rasmi KKM.
Tip ini bukan sahaja bermanfaat dalam tempoh fasa Peralihan ke Endemik, tetapi sebaiknya menjadi amalan kita semua sekiranya ketika mengalami keadaan kebimbangan dan tekanan. Sama-sama kita jalani fasa peralihan ini dengan selamat dan sejahtera.
Sumber : Laman FB Kementerian Kesihatan Malaysia