EMPAT PATI DITAHAN SELEPAS DIKEJAR SELAMA 90 MINIT

 

PASIR MAS – Polis berjaya menahan empat (PATI) selepas mengejar sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora selama satu jam 30 minit di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jeram Linang, Pasir Puteh pada Isnin.

Kejayaan itu hadir menerusi kerjasama erat antara tiga buah unit kereta peronda polis (MPV) dari Pasir Mas, Machang dan Pasir Puteh yang telah mengejar kenderaan itu sehingga mematahkan cubaan PATI yersebut menyeludup masuk ke negara ini.

Selepas dikejar selama 90 minit, Proton Exora yang membawa PATI tersebut akhirnya ditahan di sebuah ladang kelapa sawit. Susulan itu, polis berjaya menahan empat PATI yang berusia antara 21 hingga 33 tahun.

Bagaimanapun sembilan lagi PATI serta seorang tekong berjaya meloloskan diri.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut