TINJAUAN KESELAMATAN OLEH MKN NEGERI JOHOR DI SEKITAR BAZAR RAMADHAN PARIT YAANI, BATU PAHAT

BATU PAHAT, 11 April 2022 – Majlis Keselamatan Negara(MKN) Negeri Johor telah membuat tinjauan keselamatan di sekitar Bazar Ramadhan Parit Yaani pada 10 April 2022 yang lalu. Tinjauan mendapati suasana di bazar semakin meriah terutama apabila negara memasuki fasa peralihan ke endemik dan sektor ekonomi dibuka kembali bermula 1 April 2022 lalu.

Fasa peralihan ke endemik merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik. Peralihan ke fasa endemik membolehkan rakyat Malaysia kembali ke kehidupan hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. Namun rakyat perlu memahami sepenuhnya dan menganggap fasa peralihan ke endemik bukan kejayaan mutlak memerangi COVID-19. Kelonggaran diberikan bukan bermaksud negara berjaya memerangi COVID-19, sebaliknya orang ramai perlu terus kekal mematuhi SOP yang disediakan serta mengambil pendekatan lebih proaktif dengan melakukan penilaian risiko kendiri secara berterusan.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut

5 OGOS PENGURUSAN KES DUA ADUN DAN AHLI PERNIAGAAN

TIBA: Andi semasa tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini menetapkan …
Maklumat Lanjut

LELAKI DIKHUATIRI TERJUN SUNGAI DITEMUKAN LEMAS

LEMAS: Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas oleh orang awam. KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dikhuatiri terjun ke …
Maklumat Lanjut