11 APRIL 2022 – Ribut Tropika (MEGI) (kemas kini jam 9.00 pagi) berada di kedudukan 11.0°U 125.OT, kira-kira 144 km ke barat laut Surigao City, Filipina; 950 km ke timur laut Sandakan, Sabah. Ribut tropika ini hampir pegun dan kelajuan angin maksimum adalah 65 km/j. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu berkuat kuasa sehingga 11 April 2022.
Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan mengikuti maklumat berkenaan status terkini Ribut Tropika Megi yang akan dikemas kini setiap 3 jam. Maklumat ini boleh diperoleh melalui laman web dan aplikasi mobil myCuaca. Orang awam juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut.
SUMBER: MET MALAYSIA