PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN

   

Pada hari ini 8 April 2022, telah berlangsung Program Tautan Kasih Ramadhan Bahagian Psikologi dan Kaunseling Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.

Program ini bermula pada jam 9.00 pagi, dimulakan dengan aktiviti Ziarah Psikologi. Pegawai Psikologi menziarahi kakitangan JKMN Negeri Sembilan yang diuji dengan masalah kesihatan. Mereka diberikan sokongan psikologi, melalui nasihat, bimbingan dan kata-kata semangat. Semoga kehadiran Pegawai Psikologi ini sedikit sebanyak dapat meredakan keresahan hati disebabkan penyakit yang dihidapi.

   

Kemudian bermula jam 7.00 malam, program ini diteruskan dengan majlis berbuka puasa. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan bersama-sama dengan ahli keluarga.

Puan Pengarah turut beramah mesra dengan Pegawai Psikologi dan ahli keluarga. Ini selaras dengan objektif program ini iaitu memantapkan ukhuwah di kalangan Pegawai Psikologi dan ahli keluarga.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan tahniah kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling JKMN Negeri Sembilan di atas kejayaan penganjuran program ini.

   

Sumber : FB JKMN NS

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut