Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 11 APRIL 2022 – Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bilangan 1 Tahun 2022 peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 10 April 2022 (Ahad) yang dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
.
Melalui mesyuarat ini juga, turut dibahaskan mengenai program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang akan terus diperkasa bagi memastikan semua sektor awam dan sektor swasta bebas daripada pengaruh dadah.Program ini dijangkakan akan dilaksanakan dengan lebih sistematik dan menyeluruh daripada semua pihak bermula tahun ini.Selain itu, mesyuarat turut membincangkan isu-isu permasalahan penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial serta tindakan-tindakan holistik yang perlu dilakukan bagi menanganinya.
.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK); Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Pengarah AADK Negeri Terengganu;  dan Ketua Polis Terengganu, Pengarah Keselamatan Negeri serta Ketua-ketua Jabatan yang berkaitan.

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut