WALKABOUT BERSEPADU BAZAR RAMADAN MBSP BERSAMA JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT [Keselamatan Makanan (Food Safety)]

SEBERANG JAYA, 7 APRIL 2022 – YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Perai bersama En. Mahamad Sukor bin Senapi, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengadakan Walkabout Bersepadu Bazar Ramadan di Bazar Ramadan Seberang Jaya. Turut hadir bersama ialah Pengarah Pelesenan & Pengarah Direktorat Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta Pegawai Kanan dari MBSP & Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

Tujuan walkabout ini adalah untuk menyampaikan maklumat kepada peniaga bazar Ramadan mengenai pembudayaan Keselamatan Makanan mengikut Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang wajib dipatuhi oleh semua peniaga makanan disamping memastikan SOP Covid-19 masih dijaga. Operasi Ujian Kualiti Makanan oleh JKNPP turut diadakan bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual kepada pengguna adalah dijamin selamat. Selain itu, apron dan topi turut diedarkan kepada semua peniaga di Bazar Ramadan ini bagi memastikan syarat-syarat dalam pengendalian makanan dipatuhi.

Sumber:

Laman FB MBSP

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut