TAHAN DUA LELAKI, RAMPAS 803 BIJI PIL KUDA

 

PASIR PUTEH – Polis merampas 803 biji pil kuda selepas menahan dua lelaki dalam serbuan di Selising, di sini pada Khamis lalu. Kedua-dua lelaki berusia 32 dan 45 tahun itu ditahan semasa berada dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV pada jam 11.45 malam.

Hasil pemeriksaan ke atas beg milik salah seorang suspek membawa kepada penemuan tiga bil pil kuda dan satu botol berisi heroin. Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan utiliti sukan (SUV) itu telah menjumpai bungkusan plastik mengandungi 800 biji pil kuda di bahagian ruang penyimpanan barang di tempat duduk hadapan pemandu. Jumlah keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM8,030.

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …