KPDNHEP TERUSKAN LIBAT URUS BERSAMA MAFI, PASTIKAN ISU HARGA AYAM TIDAK BERLARUTAN

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan terus mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi memastikan isu kenaikan harga ayam tidak berlarutan sehingga menjelang hari raya. Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata kepada pemberita selepas menghadiri Ops Pantau Bazar Ramadan di Bazar Ramadan Taman Putra Perdana, Puchong pada 6 April 2022, beliau terkejut dengan perkembangan terkini apabila beberapa negeri dilaporkan masih mengalami kekurangan bekalan ayam dan telur, sedangkan MAFI sudah beri jaminan bekalan tidak akan terjejas sepanjang Ramadan. Tambah beliau, siasatan akan dijalankan di semua peringkat, melibatkan daripada pengeluar ayam dari ladang ternakan sehingga kepada pengguna.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut