DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)
Program Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) yang terdiri daripada sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) merupakan salah satu Program Pemerkasaan Komuniti bertujuan untuk meningkatkan usaha komuniti dalam menangani ancaman penularan COVID-19.


Aktiviti pemeriksaan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Peralihan Endemik telah diperhebatkan oleh empat (4) orang anggota ABC-19, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang di sekitar Kiosk Bertam, Kepala Batas pada 5 April 2022. Fokus pemeriksaan adalah bagi memastikan orang awam terutama pengusaha premis-premis mengambil tahu dan mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa.


Sumber : Laman FB APM Pulau Pinang