DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Bagi mempertingkatkan penguatkuasaan dan pemantauan pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan Ops Pantau 2022. Tujuan utama operasi ini diadakan adalah bagi memastikan pengguna mendapat bekalan makanan serta keperluan harian pada harga yang munasabah dan tiada unsur pencatutan.
PENCATUTAN adalah apabila sesuatu barang dan perkhidmatan dijual dengan keuntungan tidak munasabah berbanding kos pembuatan, bekalan dan operasi. Oleh itu, KPDNHEP berperanan untuk memastikan tiada elemen pencatutan dalam penawaran sesuatu barang atau perkhidmatan.
KPDNHEP menerusi cawangan-cawangan di seluruh Malaysia kini sedang giat melaksanakan Ops Pantau 2022.
Sumber:
Laman Facebook Rasmi KPDNHEP