MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN SERAH TERIMA TUGAS JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT) BUKIT AMAN

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini bertempat di Bilik Mesyuarat JSPT, Aras 21, Menara 1, Bukit Aman telah berlangsung Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Pengarah II (Kepolisan Am/ Siasatan/ Sumber) JSPT Bukit Aman, Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalulintas) dan Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Saman).   

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas ini telah disempurnakan oleh YDH CP Datuk Wira Mat Kasim bin Karim, Pengarah JSPT.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh juru acara majlis dan disusuli dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Sjn Ahmad Radzi Hilmi bin Hussin. Majlis kemudian diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Pengarah JSPT kepada Pemangku Asisten Komisioner Polis (P/ACP) Mohd Radi bin Abd Rahman, yang telah dinaikkan pangkat bagi menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/ Siasatan/ Sumber) JSPT Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas kemudian diteruskan, diantara :

  1. i) YDH P/ACP Mohd Iqbal bin Ibrahim yang bertukar ke IPD Shah Alam sebagai Ketua Polis Daerah dengan YDH DSP Mohd Irwan bin Abdul Rahim, yang akan memangku jawatan Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalulintas) ;
  2. ii) P/ACP Mohd Radi bin Abd Rahman dengan YDH P/ SUPT Fauzi bin Osman, sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Saman) yang baharu dan ;

iii) ACP Zulkifli bin Jonit, akan bertukar ke Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai Komander Briged Tengah dengan P/ACP Mohd Radi bin Abd Rahman, sebagai Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/ Siasatan/ Sumber) yang baharu.

JSPT mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai yang telah dinaikkan pangkat dan ribuan terima kasih juga di atas segala jasa bakti dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh YDH ACP Zulkifli bin Jonit dan P/ACP Mohd Iqbal bin Ibrahim di sepanjang perkhidmatan mereka di JSPT, dan selamat maju jaya tuan di tempat yang baharu.

Ucapan selamat datang diucapkan kepada YDH P/Supt. Fauzi bin Osman, sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Saman) yang baharu ke JSPT Bukit Aman yang sebelum ini bertugas di Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Hadir sama dalam majlis ini, YDH DCP Dato’ Mohd Nadzri bin Hussain, Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalulintas/ Pengurusan Saman), ACP Shahrum bin Hashim, Ketua Urus Setia, Ketua-Ketua Penolong Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai-Pegawai Awam JSPT Bukit Aman.

#majlispemakaianpangkatjspt

#majlisserahterimatugasjspt

#jsptprihatin

Sumber: FB JSPT KL https://www.facebook.com/JsptKL

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut