WP LABUAN – Bagi mengatasi masalah bekalan keperluan semasa musim perayaan, Jawatankuasa Interim Bekalan Musim Perayaan telah ditubuhkan. Penubuhan jawatankuasa khas ini merupakan hasil inisiatif Perbadanan Labuan dan KPDNHEP WP Labuan.
Jawatankuasa khas ini berperanan untuk mendepani cabaran kebergantungan bekalan dari luar WP Labuan dan sebagai persediaan awal untuk mengatasi masalah bekalan keperluan yang kerap terjadi terutama di musim perayaan. Jawatankuasa khas ini dipengerusikan oleh Ybhg. Dato’ Sri Haji Amir bin Haji Hussien, Pengerusi Perbadanan Labuan.
Sumber: KPDNHEP WP LABUAN
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan