17 PENARIK BECA DIHARGAI

 

KOTA BHARU – Sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap peranan penarik beca atau ‘gateh teksi’ dalam sektor pelancongan di negeri ini, seramai 17 penarik atau pengayuh beca diraikan dalam Majlis Bantuan Sara Hidup kepada penarik beca di Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Negeri Kelantan, semalam.
Dalam majlis tersebut, setiap penarik beca memperolehi bantuan wang tunai RM600 dan bantuan barangan dapur bernilai lebih RM200.
Bagi mencari pelapis-pelapis penarik beca, belia yang menganggur disyorkan menceburi sektor ini kerana beca yang digunakan sudah diinovasi (separa enjin bateri) dan kerajaan sentiasa membantu sektor tersebut.
Sebagai rekod, Kerajaan Negeri Kelantan setiap tahun telah memberi inisiatif RM1,200 seorang kepada penarik beca yang berdaftar dengan TIC di mana pembayaran dibuat secara dua kali setahun.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut