MBSP MELAKSANAKAN KERJA-KERJA SANITASI SECARA BERKALA DI PASAR AWAM SEBERANG PERAI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik Dan Keselamatan Kesihatan)

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pulau Pinang telah melaksanakan kerja-kerja sanitasi di semua pasar-pasar awam yang berada di bawah bidang kuasa mereka secara berkala pada 4 Mac 2022. Tanggungjawab ini telah diamanahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MBSP. Terkini, sanitasi telah dilakukan oleh kakitangan mereka di beberapa lokasi iaitu di Pasar Awam MBSP Seberang Perai Selatan (SPS),  iaitu di Pasar Awam Bukit Panchor, Taman Berjaya dan Taman Pekaka.

Kerja-kerja sanitasi ini akan diteruskan seperti yang dijadualkan demi memastikan pasar-pasar awam di bawah MBSP yang menjadi tumpuan orang ramai selamat dan terhindar dari virus COVID-19.

Sumber:

Laman Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut