KESATUAN EROPAH IKTIRAF SIJIL VAKSIN COVID-19 MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Komitmen Antarabangsa)

Kesatuan Eropah (EU) telah mengiktiraf sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia yang disifatkan menepati Sistem Pengurusan Vaksin kesatuan tersebut. Perkara ini dimaklumkan melalui melalui kenyataan hasil Keputusan Pelaksanaan Suruhanjaya bertarikh 1 April 2022. Pengiktirafan tersebut berkuat kuasa mulai 4 April 2022.

Sijil vaksinasi atau MySejahtera dan ujian COVID-19 yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah selaras dengan Sistem Pengurusan Vaksin EU justeru memudahkan pergerakan dalam negara EU. Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia dianggap setara dengan yang dikeluarkan mengikut Praturan (EU) 2021/ 953.

Namun begitu, bagi melindungi bidang kesihatan awam EU, SUurhanjaya boleh menggunakan kuasanya untuk menggantung permohonan keputusan tersebut atau memansuhkannya jika syarat Perkara 8(2) Peraturan (EU) 2021/853 tidak lagi dipatuhi.

Keputusan tersebut turut diciapkan oleh Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Michalis Boralis melalui akaun Twitternya

Sumber:

Bernama, Berita Harian

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …