TAHNIAH TM, KPDNHEP MULAKAN RAMADAN DENGAN SEDEKAH – EXCO DAKWAH

 

PASIR MAS – Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Telekom Malaysia (TM) Kelantan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan atas kebijaksanaan meraih pahala pemula Ramadan dengan bersedekah.
Dato’ Mohd Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti berkata, amalan bersedekah yang amat mulia dilaksanakan pihak korporat, agensi kerajaan dan pihak swasta ini sewajarnya diberi kredit untuk dicontohi pihak lain sebagai motivasi untuk terus “berdengki” dalam hal melipatgandakan pahala di bulan paling istimewa ini.
Program berlangsung di Pejabat Operasi KITABINA dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Pasir Mas itu berjaya meraikan 30 asnaf dalam kalangan mualaf, golongan B40 dan fakir dengan sumbangan zakat TM sebanyak RM100 seorang berserta barangan dometik sumbangan Food Bank, KPDNHEP dan bakul makanan tajaan Crown Diamond Agency (CDA).
Terdahulu, TM yang komited menyokong Kerajaan Negeri telah melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu pada Februari lalu, TM mengagihkan sumbangan kepada para pelajar asnaf bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang dan Pengkalan Kubor.
Seterusnya, pada 15 Mac, TM menyumbangkan RM22 ribu kepada 85 pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut