AIR PERCUMA SEPANJANG RAMADAN 1443H

 

KOTA DARULNAIM – Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Ahmad Yakob mengumumkan berita baik kepada pelanggan Syarikat Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) selepas Sidang DUN, semalam.
“Kita akan menghadapi Ramadan beberapa hari lagi, Kerajaan melihat sepanjang Ramadan ini bagi pengguna-pengguna air AKSB yang menggunakan tidak lebih RM30 bagi satu akaun, Kerajaan akan tanggung selama sebulan ini, melibatkan 146,600 akaun pengguna dengan implikasi kewangan lebih kurang RM3 juta,” katanya diiringi tepukan gemuruh ahli sidang.
Pada masa sama, setelah mengambil kira keluhan para ADUN berkaitan keperluan rumah dhu’afat kepada rakyat di DUN masing-masing, Ustaz Dato’ Ahmad turut mengumumkan peruntukan tambahan RM10.67 juta bagi pembinaan rumah tersebut.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut