DEWAN NEGARA LULUS TIGA RUU BERKAITAN LABUAN DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Tiga Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan diluluskan di Dewan Negara hari ini, yang antara lain bagi memodenkan dan mengemaskini aspek perundangan Pusat Kewangan dan Perniagaan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

Rang Undang-Undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Syarikat Labuan 1990 (Akta 441) dan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 telah dibahaskan dan diluluskan.

Sementara Rang Undang-Undang Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 turut dibahaskan dan diluluskan.

Timbalan Menteri Kewangan ll Yamani Hafez Musa berkata pindaan Akta 441 adalah bagi menerima pakai piawaian dan amalan kewangan antarabangsa terbaik berkaitan pencegahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

“Berdasarkan pernilaian risiko yang dibuat ke atas Malaysia termasuk Labuan IBFC di bawah Financial Action Task Force (FATF) pada tahun 2014, FATF telah mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil di Malaysia termasuk Labuan IBFC dalam mencegah dan membanteras aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

ilaian itu merangkumi tahap pematuhan dan sebanyak 40 cadangan telah dikemukakan oleh FATF supaya tahap keberkesanan sistem itu dapat diperkukuhkan,” katanya semasa menggulung pembentangan Rang Undang-Undang tersebut di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata pindaan terhadap Akta 441 juga dibuat supaya Labuan IBFC dapat mematuhi piawaian percukaian antarabangsa bagi menangani masalah ketirisan hasil cukai dan pemindahan keuntungan.

“Pindaan RUU hari ini dibuat supaya kita tidak disenarai hitam sebagai bidang kuasa yang menggalakkan aktiviti pengubahan wang haram dan melunaskan komitment terhadap FATF, serta memastikan rangka kerja percukaian kita menepati piawaian antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu Yamani Hafez berkata antara pindaan pada Akta 441 yang dibuat termasuk melarang pengeluaran waran syer mana-mana syarikat di Labuan.

“Kita juga peruntukkan pengenalan berkaitan ketelusan maklumat pemunya benefisial dan keperluan syarikat di Labuan memperoleh, menyimpan rekod dan mengemaskini maklumat supaya ia boleh diakses oleh pelanggan dan pelabur,” tambahnya.

Sumber: BERNAMA

#MKNLabuan #KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut