DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Komitmen Antarabangsa)
Kerajaan Pulau Pinang dalam usaha mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat penerbangan dari negara Asia Barat untuk memperbanyakkan penerbangan terus ke negeri itu selepas pembukaan sempadan negara bermula esok.
Keputusan ini diambil selaras dengan peningkatan minat yang tinggi dari pelancong negara berkenaan untuk melancong dan bercuti ke Pulau Pinang. Perkara ini secara tidak langsung mampu membuka peluang untuk menjana dan merancakkan kembali ekonomi pelancongan tempatan Pulau Pinang.
Pulau Pinang menjangkakan kemasukan pelancong asing selepas pembukaan sempadan negara adalah secara berperingkat kerana bergantung kepada kebenaran serta pembukaan sempadan negara masing-masing.
Kerajaan Pulau Pinang sedang berusaha mendapatkan penerbangan terus dari Thailand, Vietnam, Indonesia ke Pulau Pinang dan keputusan berhubung perkara ini akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas mendapat pengesahan mengenai penerbangan terus antarabangsa berkenaan.
Sumber: