PROGRAM KAYAK SEMPENA HARI RTM KE-76 TAHUN

WP LABUAN – Program berkayak sejauh 7.6 kilometer berlangsung dengan jayanya bersempena menyambut Hari RTM ke-76 tahun pada 1 April ini. Program berkolaborasi bersama Persatuan Kanu Labuan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Labuan.
Majlis telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias di Pantai Kompleks Sukan Antarabangsa Labuan yang disertai seramai 22 peserta. Program ini turut mendapat kerjasama bagi kawalan keselamatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dan Angkatan Pertahanan Awam Labuan selain Perbadanan Labuan dan Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Labuan turut bersama-sama menjayakan program ini
#MKNLabuan #KeluargaMalaysia
Foto: MalaysiaAktif

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …