WP LABUAN – Pada 25 Mac 2022, satu lawatan rasmi telah diadakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim ke Asian Supply Base Sdn Bhd, Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam lawatannya, beliau diberi taklimat berkaitan pengoperasian syarikat logistik minyak dan gas itu. Selain itu, beliau turut dibawa melawat tapak syarikat berkenaan. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn Bhd En. Japar Esteban.


Sumber: BES Labuan
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan