LATIHAN TEMPATAN SIRI 7 & 8 / 2022

KUALA LUMPUR, Bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah telah diadakan Latihan tempatan Siri 7 & 8/2022 anjuran Batalion Ketiga.

Telah diadakan Senamrobik tempur di Tasik Titiwangsa danĀ  latihan Senaman Perang padang Kawad Rejimen oleh Jurulatih Jasmani pasukan. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membina ketahanan fizikal dan stamina pegawai dan anggota sukarela.

Seterusnya adalah kelas teori senjata bantuan yang telah disampaikan oleh pegawai-pegawai sukarela. Latihan ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran pengendalian senjata berat dan anti kereta kebal, melaksanakan aturgerak senjata bantuan di dalam fasa defensif dan ofensif, melatih ketua detasmen di dalam menyokong perancangan atur gerak di peringkat batalion dan kompeni.

Latihan ini diakhiri dengan sesi bergambar. Semoga pegawai dan anggota sukarela yang hadir pada latihan kali ini dapat menambahkan lagi ilmu ketenteraan dan juga ketahanan fizikal masing-masing.

Sumber: FACEBOOK RASMI REJIMEN 515 ASKAR WATANIAH – WP KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut