KERAJAAN MALAYSIA DAN KERAJAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA (P.R.CHINA) MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) KERJASAMA DALAM PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

PUTRAJAYA, 31 Mac 2022Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China (P.R.China) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.
MoU ini merupakan lanjutan daripada memorandum asal yang telah ditandatangani pada 7 November 2011 bagi menggalakkan Perubatan Tradisional dan Komplementari, memudahkan dan menggalakkan kerjasama dalam bidang (1) amalan, (2) bahan dan produk perubatan, (3) pendidikan dan latihan serta dalam (4) penyelidikan dan pembangunan. Selain itu bagi mengukuhkan kedudukan Perubatan Tradisional dan Komplementari dalam sistem penjagaan kesihatan Negara.
MoU ini ditandatangani oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia dan YBrs Dr. Yu Wenming, Pesuruhjaya Pentadbiran Kebangsaan Perubatan Tradisional Cina (NATCM), P.R.China dalam satu majlis yang dijalankan secara maya.
Turut hadir, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Datuk Harjeet Singh A/L Hardev Singh, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan YBrs Dr Goh Cheng Soon, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari KKM.
Sumber : FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut