KERAJAAN NEGERI MELAKA WUJUDKAN MD2C

AYER KEROH – Kerajaan Negeri Melaka menubuhkan Pusat Maklumat Digital Berprestasi Tinggi Pentadbiran iaitu Melaka Digital Command Centre (MD2C) dalam mengurus dan mengendali maklumat pendigitalan negeri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, MD2C dibangunkan bagi membantu kerajaan negeri membuat keputusan strategik dalam pelbagai aspek digitalisasi menerusi pengumpulan dan analisa data-data serta maklumat digital terkini daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.
Beliau berkata pusat yang beroperasi di Aras 6, Blok Bentara, Kompleks Seri Negeri ini dilengkapi infrastruktur fizikal termasuk skrin ‘video wall’, kelengkapan rangkaian internet, kelengkapan ciri-ciri keselamatan dan perkakasan serta perisian yang terlibat.
Menurutnya, bagi fasa 1, bermula Disember 2021, sebanyak enam ‘dashboard‘ baharu telah dibangunkan melibatkan lapan agensi dan jabatan kerajaan manakala sebanyak lima sistem sedia ada telah diselaraskan di pusat berkenaan membabitkan enam agensi dan jabatan kerajaan.
Bagi fasa kedua, kerajaan negeri dijangka akan membangunkan tiga lagi ‘dashboard’ yang baru dan tiga penambahbaikan dashboard yang sedia ada yang melibatkan pelancongan, meteorologi dan aduan pembangunan. Beliau berkata demikian selepas melancarkan MD2C di Seri Negeri Ayer Keroh.
Sumber: Berita RTM dan Kerajaan Negeri Melaka

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut