???????, ??????? ????? ???????

Lahirnya kita di muka bumi laksana kain putih, suci daripada segala kotor dosa. Semakin menginjak dewasa, pelbagai ujian yang harus kita tempuhi.

Ada kalanya kita mampu sabar, adakalanya tidak. Lalu kita mula alpa dan leka. Maka, sedikit demi sedikit debu-debu dosa mula memenuhi ruang hati dan jiwa.

Namun, Allah SWT menyayangi hambaNya. Didatangkan bulan Ramadan yang mulia untuk kita ambil peluang, menyucikan kembali debu-debu dosa.

Ramadan adalah bulan keampunan. Maka, berdoalah agar Allah SWT sampaikan kita kepadanya. Moga-moga apabila kita telah berada di bulan itu, Allah berikan kekuatan untuk kita mengikhlaskan diri beribadah dan meminta ampun yang sesungguhnya kepada Allah SWT.

Abu Hurairah telah berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud :
β€œ??????? ???? ?????????????(???????) ????? ???????? ??? ?????????? ?????????? ??????? ??? ??????? ???? ????? ????.”

[Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi]

Sumber : FB JHEAINS “Official”

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut