TERMINAL FERI SERBA CANGGIH PULAU PINANG DIJANGKA MULA BEROPERASI MENJELANG HARI MERDEKA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH (Ciri-ciri Sifat Geografi Wilayah)

Penduduk Pulau Pinang yang menggunakan perkhidmatan feri di negeri ini, kelak akan merasai suasana seperti berada di lapangan terbang serba moden dan canggih. Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, berkata ia selepas projek menaiktaraf kedua-dua terminal feri di negeri itu yang dijangka beroperasi menjelang sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Beliau berkata, projek menaiktaraf kedua-dua terminal di Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di Georgetown dan Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), di sini, dirancang susulan pembelian feri baharu yang dijangka digunakan pada tahun hadapan. Katanya, pihak pengendali pelabuhan, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menyelaraskan kapasiti serta kemudahan untuk memastikan kedua-dua terminal itu berada pada tahap baik untuk pengguna yang menggunakan perkhidmatan mod pengangkutan itu. Antaranya ruang menunggu yang memuatkan 300 hingga 400 penumpang pada satu-satu masa dan kemudahan lain yang memberikan keselesaan.

Kedua-dua terminal berkenaan akan dilengkapi kemudahan serba moden dan lengkap, termasuklah memenuhi keperluan orang kurang upaya (OKU).

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut