SOP TERKINI SOLAT BERJEMAAH DI MASJID DAN SURAU SELURUH SELANGOR

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan supaya solat berjemaah di masjid dan surau di seluruh negeri ini dirapatkan saf seperti biasa mulai 1 April ini. Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan tersebut dibuat setelah baginda mengadakan satu rundingan bersama beberapa agensi kerajaan negeri dan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.

Menurutnya, baginda berkenaan membuat penelitian dan memperhalusi beberapa perkara untuk mengelakkan kesan mendalam akibat COVID-19, di samping memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dan institusi masjid serta surau terus berfungsi sebagai pusat ibadah di Selangor.

Selain itu, Pengarah JAIS turut memaklumkan Sultan Sharafuddin berkenan solat tarawih dibenarkan untuk dilaksanakan dengan 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di Selangor.
“Hanya individu berumur 18 tahun dan ke atas yang lengkap dua dos vaksin COVID-19, membawa sejadah dan memakai pelitup muka termasuk sahaja dibenarkan hadir ke masjid dan surau.

Sumber: SINAR HARIAN

FOTO: NSTP

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut