PROGRAM MY BEAUTIFUL MOSQUE DI BALIK PULAU, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3 : KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

BALIK PULAU, 28 Mac 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Masjid Kariah Kampung Perlis, Balik Pulau telah mengadakan satu aktiviti khidmat masyarakat yang dinamakan Program My Beautiful Mosque pada 27 Mac 2022. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang dan disertai kira-kira 80 orang yang terdiri daripada kariah masjid.

Program yang memfokuskan kepada pembersihan kawasan dalam dan luar Masjid dilaksanakan dengan kerjasama kariah Masjid berkenaan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang hampir tiba.

Program ini turut disertai oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya serta seluruh warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya. Program ini juga bertujuan memperkenalkan Kelab Belia Dinamik Barat Daya yang baru ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kesukarelaan dan khidmat masyarakat.

 

Sumber:

Laman Facebook Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut